SHAH ALAM – Kerajaan akan melaksanakan penambahbaikan proses permohonan permit masuk untuk mendapatkan taraf pemastautin tetap (MYPR), khususnya bagi kategori pasangan kepada warganegara yang berkuat kuasa pada 31 September ini.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata, langkah itu selari dengan komitmen Kerajaan Madani untuk memastikan dasar yang adil dan efisien dilaksanakan demi kebajikan semua pihak.