YAN – Prosedur bagi menghasilkan varieti benih padi cepat matang termasuk padi hybrid akan dipermudahkan agar ia dapat dilaksanakan segera dalam membantu meningkatkan hasil dalam negara.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pelbagai kaedah diteroka untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran hasil padi dan beras selaras dengan dasar agromakanan negara dan sasaran untuk mencapai kadar sara diri 80 peratus menjelang 2030.