TAPAH – Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi jaminan projek Lebuh Raya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar akan dilaksanakan sepertimana dirancang.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kelulusan projek tersebut telah pun diperolehi dan hanya menunggu kerja-kerja pembinaan dimulakan.