KOTA BHARU – Pembinaan Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral (KB Sentral) bernilai RM64 juta di Lembah Sireh di sini, yang tertangguh hampir dua tahun sebelum ini, akan bermula pada bulan depan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Saizol Ismail berkata, kerajaan negeri yang mengambil alih pengurusan projek itu sepenuhnya telah melantik syarikat China Communications Construction Co Ltd (CCCC) sebagai kontraktor utama, secara rasmi minggu lalu.