KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Projek Mempertingkatkan Persimpangan Lebuhraya Sultan Iskandar Kuala Lumpur sepanjang 1.4 kilometer (km) dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di satu daripada kawasan ‘KL Congestion Hot Spot’.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, kesesakan di kawasan itu dapat dikurangkan daripada empat minit kepada seminit.