GEORGE TOWN – Projek Perumahan Rumah Mampu Milik Bakat Baru Madani di Pulau Pinang berjaya mendapat kelulusan kebenaran merancang pada 6 Februari lalu, sekali gus melepasi sasaran tempoh kelulusan yang ditetapkan sebelum ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Datuk Aziz Bakar berkata, proses tersebut hanya mengambil masa 36 hari, lebih awal daripada tempoh sasaran 42 hari.