PUTRAJAYA – Sebuah pembangunan strategik dikenali sebagai Kota Madani bakal direalisasikan di Putrajaya melibatkan keluasan 41 hektar sekali gus menandakan satu langkah besar ke arah memperkukuhkan imej bandar itu sebagai model pembangunan mampan dan inklusif.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata, projek berintensiti tinggi dan vertikal itu akan menempatkan 10,000 unit kuarters kediaman yang mampu menampung lebih 30,000 penduduk serta menggabungkan elemen kecerdasan buatan (AI), infrastruktur digital canggih dan sistem mobiliti hijau.