KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mencipta dua rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penganjuran Program Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) 100³ yang melibatkan penyertaan serentak 8,804 saintis dan 8,804 sekolah di seluruh negara.
Dua pengiktirafan yang diterima ialah Penyertaan Saintis Teramai dalam Program STEM Serentak dan Penyertaan Sekolah Teramai dalam Program STEM Serentak bagi inisiatif Scientists@Schools: Jom STI!.