PUTRAJAYA – Program sambutan Hari Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) Kementerian Dalam Negeri 2025 diraikan penuh meriah bersama masyarakat setempat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C, Presint 8, di sini pada Sabtu.
Timbalan Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ruhaidi Azmi berkata, penganjuran program itu bukan sahaja mampu memperkukuhkan ikatan silaturahim, malah memberi ruang kepada petugas Penguatkuasaan dan Kawalan KDN bersama masyarakat setempat.