KUALA TERENGGANU – Program MyLesen B2 akan diperluaskan di institusi pendidikan di negara ini pada tahun depan bagi membantu pelajar dan golongan belia yang kurang berkemampuan dalam mendapatkan lesen.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, bagaimanapun setakat ini program tersebut memberi fokus membantu golongan berpendapatan rendah (B40) melibatkan pelbagai kategori yang berada di bawah senarai e-Kasih dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).