KUALA LUMPUR – Program Madani Rakyat akan diteruskan sebagai medan untuk pemimpin turun padang bagi mendekati dan mendengar sendiri keluh kesah rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesi libat urus bersama semua kerajaan negeri yang dimulakan sejak awal tahun ini, termasuk negeri yang ditadbir oleh pihak berbeza fahaman politik juga akan diteruskan.