NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) menggiatkan Program Kolej Vokasional (KV) Insani Masyarakat Madani agar dapat dilaksanakan lebih banyak di peringkat sekolah dan komuniti di seluruh negara.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, program tersebut bertujuan mendekatkan komuniti dengan sekolah sekali gus memperkenalkan program KV kepada komuniti khususnya ibu bapa dan mempromosi kemahiran serta kepakaran murid KV menerusi pameran.