KUALA LUMPUR – Program AI untuk Rakyat yang diperkenalkan kerajaan telah mencapai seramai 1.3 juta peserta daripada pelbagai kumpulan termasuk pelajar, profesional dan pegawai kerajaan sehingga 9 Disember tahun lalu.
Timbalan Menteri Digital Malaysia, Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata, program itu adalah selaras dengan inisiatif Pelan Ekonomi Digital Malaysia dan strategi IR 4.0, dengan menekankan pembinaan populasi yang celik teknologi, memupuk inovasi dan mengurangkan jurang kemahiran digital.