Produk akademi Manchester United, Otis Khan, difahamkan bakal tiba di Malaysia untuk menyertai sebuah pasukan tempatan.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain dengan gelaran ‘Cristiano Ronaldo Pakistan’ itu akan menyertai Kelantan Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga A1 Semipro musim ini.