KOTA KINABALU – Parti Impian Sabah (PIS) tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti semata-mata untuk menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti.
Presidennya, Michel Alok berkata, PIS mengambil pendirian untuk menjadi pembangkang sekiranya gagal mendapat majoriti dalam PRN yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.