KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan bahawa kerajaan yang dipimpinnya berhak menentukan sendiri dengan siapa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bekerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata, pihaknya mempunyai formula sendiri bagaimana untuk menguruskan negeri dan juga kerjasama yang akan dibuat menjelang pilihan raya nanti.