TAWAU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tekad untuk menawan semua tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tawau dan Kalabakan pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat di kedua-dua kawasan parlimen itu perlu menyokong gabungan berkenaan demi memastikan tiada kawasan DUN yang tercicir daripada pembelaan wakil rakyatnya.