KOTA KINABALU – Part Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mungkin akan bertanding lebih 18 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan pada tahun ini.
Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dalam PRN Sabah yang lalu Bersatu bertanding sebanyak 18 kerusi dan berjaya memenangi 11 daripadanya.