PENAMPANG – Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Joachim Gunsalam mendedahkan bahawa majoriti Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti itu menolak untuk menjalin kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa PBS akan terus kekal bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk PRN tersebut.