NIBONG TEBAL – Kurang 24 jam sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, tinjauan Bernama mendapati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat melakukan persiapan akhir.
Selain pelbagai notis ditampal di setiap sudut dewan untuk perhatian orang ramai dan penyokong parti politik, sesi simulasi proses penamaan calon menjadi sebahagian daripada aktiviti persediaan akhir petugas SPR di pusat penamaan calon.