NIBONG TEBAL – Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini akan ditutup bermula jam 5 petang esok hingga jam 3 petang Ahad ini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.