NIBONG TEBAL – Sebanyak 16.74 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 10 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kesemua sembilan pusat mengundi melibatkan 65 saluran dibuka serentak pada 8 pagi tadi untuk memberi ruang kepada 39,151 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu kawasan itu hari ini.