ALOR SETAR – Calon yang mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan diumumkan pada hujung bulan ini.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat ini, tiga nama calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah disenarai pendek untuk dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon pada 3 Ogos nanti.