GUA MUSANG – Barisan Nasional (BN) Gua Musang menegaskan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sentiasa membantu proses kempen.
Timbalan Pengarah PRK DUN Nenggiri, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, setiap hari pihaknya akan menghantar laporan kepada Ku Li berkait kerja-kerja berkempen.