KLUANG – Seorang ibu muda yang masih berpantang masuk hari ke-30 sanggup membawa bayi perempuannya untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, Taman Suria, di sini pada Sabtu.
Nur Syafiqah Azani, 19, yang baharu melahirkan anak sulungnya, Nur Syafaa Atiya Mohd Riyadh Irfan, tiba di pusat mengundi pada jam 8.45 pagi.