KLUANG – Perikatan Nasional (PN) Johor akan menyerahkan senarai tiga nama calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini, kepada pucuk pimpinan parti selewat-lewatnya minggu ini.
Pengerusinya, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, kesemua calon yang merupakan anak tempatan itu akan diteliti dan dinilai sebelum dimuktamadkan pimpinan di peringkat pusat.