IPOH – Strategi Perikatan Nasional (PN) dengan memainkan sentimen UMNO-DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tidak akan beri kesan kepada pengundi Melayu.
Naib Pengerusi DAP Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, dasar parti itu tidak berubah walaupun pernah bekerjasama dengan pelbagai parti politik termasuk Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kini UMNO dalam kerajaan Perpaduan.