TAPAH – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berakhir selepas kesemua 19 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi pada Sabtu ditutup secara rasmi.
Sebanyak 18 pusat pengundian ditutup pada jam 6 petang ini, kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada jam 4 petang.