ALOR SETAR – Pas yakin akan ada perubahan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning biarpun percubaan parti itu sebelum ini berakhir dengan kekalahan.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pas sedang berusaha untuk melakukan perubahan itu dan percaya momentum politik di DUN berkenaan sudah berubah.