TAPAH – Sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, proses pengundian awal PRK DUN itu berlangsung di Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah yang bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari dan Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor yang dibuka hingga 5 petang.