Perkhidmatan penstriman Prime Video kini akhirnya boleh diakses menerusi kotak TV Astro Ultra Box dan Astro Ulti. Ini menjadikannya sebuah lagi perkhidmatan yang boleh diakses secara setempat selepas sebelum ini Astro menyertakan kemampuan menggunakan Netflix, Disney+ Hotstar , WeTV, Viu, iQiyi, beIN Sport dan banyak lagi.
Semua pelanggan Ultra dan Ulti Box boleh mengakses Prime Video secara percuma selama dua bulan bermula hari ini sehingga 23 Jun 2025. Jika mereka sudahpun mempunyai langganan Prime Video, aplikasi boleh diakses menerusi tetapan Apps dalam kotak TV dan mereka boleh melakukan log masuk akaun dengan mengikuti langkah yang dipaparkan di skrin.