Semalam kami laporkan Nintendo Switch 2 akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Julai. Hari ini pratempahan akhirnya dibuka dengan ia dijual pada harga RM2488 untuk satu set konsol dan RM2688 untuk berkas konsol bersama satu permainan Mario Kart World. Senarai lengkap harga permainan dan aksesori lain adalah seperti di bawah.
Nintendo Switch 2 hadir dengan skrin 7.9″ LCD dengan resolusi 1080p 120Hz, dijana cip khas NVIDIA yang menyokong DLSS dan Ray Tracing, storan 256GB, dan terdapat dermaga yang boleh meningkatkan paparan ke resolusi 4K apabila disambung kepada TV. Penambahbaikan lain ialah Joy Con yang disambung menggunakan magnet serta boleh digunakan seperti sebuah tetikus.