Setiap ibu bapa pasti merasa berdebar apabila tiba masanya anak lelaki perlu melalui proses berkhatan. Begitulah pengalaman yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan terkenal, Syatilla Melvin, apabila anak sulungnya, Syeriv Samheizy, kini selamat menjalani prosedur bersunat di sebuah hospital swasta.
Menerusi perkongsian di Instagram, Syatilla, atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 34, meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan lancar. Malah, dia mengakui sangat lega melihat anak lelakinya berjaya melalui pengalaman penting ini dengan baik.