Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkasa pasukan dengan siri jelajah pramusim di Sepanyol dengan perlawanan persahabatan bersama kelab-kelab terpilih.
Ini merupakan kaedah pengendali baharu, Xisco Munoz, demi menghasilkan skuad terhebat menghadapi kancah domestik Liga Malaysia (Liga-M) dan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee serta Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim hadapan.