KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sekumpulan penjenayah disyaki penculik selepas menembak mati empat individu dalam insiden berbalas tembakan semasa operasi di Skudai, Johor tengah malam Khamis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam operasi sama, pihaknya menahan empat lagi individu, termasuk seorang wanita, berusia lingkungan 25 hingga 43 tahun sekitar daerah itu pada awal pagi ini.