KUALA LUMPUR – Polis dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan pemotongan bekalan elektrik ke atas 10 premis judi dalam talian di sini pada Rabu.
Ops Dadu Khas bermula jam 9.30 pagi itu dilaksanakan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama Balai Polis Tun H S Lee.