KANGAR – Polis menahan seorang tukang kebun yang disyaki terlibat dalam kes ragut melibatkan mangsa seorang wanita berusia 49 tahun di tempat letak kereta Pasar Pagi Medan Mahkota, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, suspek lelaki berumur 37 tahun telah menyerang dan melarikan beg silang milik mangsa yang ketika itu berada di tepi tandas awam di kawasan berkenaan.