KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki termasuk bekas suami kepada teman wanita mangsa kes pukul dan tetak di Pangsapuri Puchong Intan, Taman Puchong, dekat Subang Jaya, Khamis lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, ketiga-tiga individu berumur antara 30 hingga 40 tahun itu ditahan sepasukan polis Cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di Jalan USJ 9, Subang Jaya pada 3 petang tadi.