KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Polis menahan tujuh pekerja syarikat kurier disyaki terlibat mencuri bungkusan dikirim pelanggan membabitkan kerugian RM21,818 dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan bermula Isnin hingga Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian dipercayai berlaku di gudang syarikat kurier berkenaan di Taman Cheras Indah di sini.