PETALING JAYA – Polis menyiasat video di aplikasi TikTok yang mengiklankan penganjuran perlumbaan basikal lajak.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, siasatan mendapati video terbabit memaparkan aksi sekumpulan remaja menunggang basikal lajak di jalan raya berserta maklumat berkaitan penganjuran perlumbaan tersebut di Damansara Damai, Petaling Jaya.