BENTONG – Pihak polis telah membuka kertas siasatan susulan penularan melibatkan aksi sekumpulan pemilik kenderaan memandu secara berbahaya di selekoh jalan di Genting Highlands.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihak polis telah menerima pesanan ringkas melalui Facebook Polis IPD Bentong berhubung klip video yang tular memaparkan aksi tersebut.