SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas sedang disiasat berhubung dakwaan penyebaran video seks membabitkan isterinya dan beberapa wanita lain.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita yang juga isteri kedua kepada penceramah tersebut pada 16 Jun lalu.