SEREMBAN – Polis telah pun memanggil beberapa saksi termasuk pelajar dan guru sebuah sekolah di sini bagi membantu siasatan kes seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah itu yang maut terjatuh dari tingkat empat bangunan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, buat masa ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.