SUNGAI BULOH – Tiga orang kena tahan (OKT) disiasat atas dakwaan memukul meludah dan mengugut seorang pempengaruh politik dikenali sebagai ‘Abah Aspirasi’.
Kejadian Selasa lalu itu berlaku semasa mereka berada dalam lori polis ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman berkenaan kes yang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.