PETALING JAYA – Polis selesai mengambil keterangan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung untuk siasatan dakwaan berhubung kenyataannya mengenai cara menangani permintaan remaja bawah umur untuk memeluk Islam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, keterangan telah direkodkan terhadap Firdaus serta pengadu bagi laporan polis yang dibuat.