ALOR GAJAH – [DIKEMAS KINI] Polis menyelamatkan 15 lagi kanak-kanak dan menahan enam individu dewasa termasuk tiga wanita dan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di rumah ahli kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kuala Sungai Baru, pada petang Sabtu.
Serbuan yang dilakukan lebih kurang jam 2 hingga 3 petang itu dipercayai susulan tangkapan ahli kumpulan di tiga daerah negeri ini beberapa jam sebelum serbuan kedua.