BATU PAHAT – Polis mengesan pemandu kereta dalam insiden langgar lari yang menyebabkan seorang pelajar lelaki cedera di Kilometer (KM) 146.8 Jalan Johor Bahru-Melaka di sini, pada petang Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.35 petang.