TUMPAT – Polis Kelantan sedang mengesan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang pemilik kedai emas di Palekbang di sini pada 20 Mei lepas.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kesemua suspek dipercayai masih bersembunyi di dalam negeri dan usaha memburu mereka dipertingkatkan.