JAKARTA – Polis Indonesia telah melumpuhkan satu sindiket perjudian dalam talian utama, dengan merampas 75 bilion rupiah (AS$4.8 juta) dan menahan empat suspek dalam satu operasi jenayah siber yang dijalankan selama beberapa bulan.
Kesemua suspek, termasuk seorang warga China yang dipercayai ketua sindiket, ditahan hasil siasatan oleh Unit Jenayah Siber Agensi Siasatan Jenayah (Bareskrim).