GEORGE TOWN – Polis memeriksa 67 buah motosikal dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) yang diadakan bermula jam 5 petang Ahad sehingga 12 tengah malam Isnin.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, 48 daripada motosikal tersebut telah disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.